Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tiada Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Kuala Lumpur Bagi Menghormati Mangsa Insiden

Pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa insiden tanah jerlus yang berlaku di sekitar pusat bandar raya berkenaan.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan

Perkara tersebut telah dimaklumkan pihak DBKL menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Menurutnya, pembatalan itu adalah sebagai tanda menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya berkenaan.

"Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.

"Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa – mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Marilah kita bersama – sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme," tulis di kapsyen.

Sebelum ini, telah berlakunya kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi tersebut dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketujuh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment