Tindakan Pantas Si Ibu Guna Teknik Heimlich Selamatkan Anak Tercekik Kambing Bakar Dipuji
Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, banyak kes tercekik makanan terjadi dalam kalangan kanak-kanak
Malah, ada yang sehingga menyebabkan kematian seperti insiden yang baru saja berlaku beberapa hari lalu di mana seorang budak 10 tahun tercekik gula-gula 'gummy'.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan situasi cemas apabila seorang budak lelaki tercekik kambing bakar sempat diselamatkan oleh ibunya telah mencuri tumpuan.
Menerusi video yang dikongsi oleh @aiennam, mereka sekeluarga sedang menyambut hari jadi. Apa yang membuatkan semua di situ cemas adalah apabila budak lelaki itu tiba-tiba menjerit kerana tercekik sesuatu.
Image via @aiennam (TikTok)
Tindakan pantas ibu guna teknik Heimlich dipuji ramai
Susulan itu, ibu kepada budak lelaki tersebut terus bertindak membuat teknik Heimlich sehingga makanan yang tercekik itu terkeluar.
Untuk pengetahuan anda, Heimlich Manoeuvre adalah teknik yang digunakan untuk membantu seseorang yang tersedak atau tercekik. Teknik ini penting kerana tersedak boleh menyebabkan sesuatu yang serius seperti kekurangan oksigen atau kematian.
Menurut sumber, untuk melakukan Heimlich Manoeuvre, kita perlu berdiri di belakang mangsa dan memberikan tekanan pada bahagian perut mereka untuk mengeluarkan benda yang menyebabkan tersedak.
Image via @aiennam (TikTok)
Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen tentang kesedaran dan kepentingan mengenai teknik Heimlich ini agar tidak panik jika terjadi pada ahli keluarga.
Image via @aiennam (TikTok)
Image via @aiennam (TikTok)
Image via @aiennam (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment