[TIPS] Ini 11 Cara Untuk Jimatkan Minyak Petrol Kereta Anda, Mesti Cuba!
Lepas ni dah boleh jimat sikit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman ekonomi tidak menentu ini, semestinya orang ramai ingin menjimatkan penggunaan minyak kereta bukan?
Hal ini kerana, minyak kereta zaman sekarang bukanlah murah jika mahu dibandingkan dengan zaman dahulu.
Kali ini, kami akan kongsikan 11 tips yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan minyak kereta anda.
1. Kelajuan kenderaan
Walaupun perit untuk diterima bagi sesetengah pemandu, salah satu cara nak jimat minyak adalah dengan pandu secara perlahan. Memandu lebih daripada 90 km/j akan meningkatkan penggunaan minyak yang sangat ketara. Untuk perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, kereta menggunakan minyak lebih 10% daripada biasa, 105 km/j akan jadi 15% dan 110 km/j boleh naik sampai 25%.
Image via MOTOQAR
2. Periksa tekanan angin tayar
Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi lebih berat. Geseran tayar yang berlebihan pada kereta yang berat akan menyebabkan peningkatan penggunaan kereta sebanyak 5%.
Image via MALAYSIA dateline
3. Waktu isi minyak
Tahukah anda bahawa ketika mengisi minyak, ia akan mempengaruhi dalam penjimatan minyak?
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas. Hal ini kerana ketika mengisi minyak kereta pada waktu panas, ia akan menyebabkan wap berlebihan.
Image via MASKULIN
4. Isi minyak semasa minyak tangki separuh penuh
Apabila tangki minyak kereta diisi sehingga penuh, kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap akan berkurang. Oleh itu, jika anda mengisi minyak pada tahap ini, anda akan mendapatkan lebih banyak petrol dalam tangki.
Image via SAYS
5. Tutup air-cond
Biasanya orang tutup aircond bila dah terdesak minyak tinggal setakah atau tidak jumpa stesen minyak. Amalan ini berkesan untuk menjimatkan minyak kerana penggunaan minyak bertambah 10% bila menggunakan aircond.
Image via Sunz Tint Speacialist
6. Brek dengan betul
Jika anda sudah tahu di mana dan bila nak berhenti terutamanya di lampu isyarat atau bila ada bonggol, perlahankan kenderaan secara beransur. Jangan brek secara mengejut.
Image via xtra
7. Panaskan enjin dengan betul
Biarkan enjin anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan sebelum memandu sudah memadai.
Image via mstar
8. Minimumkan penggunaan kereta
Perjalanan jarak dekat boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Jadi, kalau nak ke destinasi yang dekat-dekat, elakkan memandu kalau nak berjimat. Anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk lebih jimat.
Image via WapCar
9. Kurangkan berat kereta
Jika ada barangan yang tak diperlukan dalam kereta, keluarkan untuk kurangkan berat kereta. Penambahan berat sebanyak 50kg boleh meningkatkan penggunaan kereta sebanyak 2%.
Image via PanduLaju
10. Penyelenggaraan kereta secara berkala
Penggunaan minyak boleh naik sampai lebih 50% jika enjin tidak dijaga dengan baik. Rajinkanlah diri anda untuk periksa tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.
Image via pngTree
11. Kombinasi minyak 97 dan minyak 95
Jika selalu guna minyak 95, sesekali bolehlah isi minyak 97 agar dapat membantu perjalanan enjin menjadi lebih lancar kerana minyak 97 lebih melancarkan enjin kenderaan.
Image via careta.my
Macam mana dengan tips di atas? Jika bermanfaat dan berguna, jangan lupa share okay!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment