Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nak Kerjakan Umrah Dalam Masa Terdekat? Ini Tips Untuk Anda Bagi Yang Pertama Kali

Ada barang yang boleh spend, ada juga yang tak sebab mahal.

Cover image via Rarecation @twt_bajet (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, ibadah umrah merupakan ibadah sunnah yang sangat dituntut dalam Islam

Seperti yang kita tahu, umrah merupakan aktiviti ziarah ke Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.

Tidak dinafikan, bukan semua orang mampu untuk melakukan umrah atau haji kerana kos yang sangat mahal.

Disebabkan itu, ada beberapa tips berguna untuk anda yang first time melakukan umrah di Tanah Suci.

Antara tips berbelanja ketika melakukan umrah:

1. Bawa perubatan sendiri dari rumah

Cuaca di Makkah berbeza dengan cuaca di Malaysia. Kalau demam atau batuk akan menyusahkan diri untuk mencari perubatan. 

Lebih-lebih lagi, ubat-ubatan yang dijual sangat mahal. Jadi, bolehlah bawa ubat sendiri. 

Image via Cikgu Azhar

2. Dobi mahal dan tiada yang layan diri

Dobi di sana anggaran sekitar 15 hingga 20 riyal (RM19-RM26). Di sana juga tidak ada dobi yang menawarkan servis layan diri. 

Image via mStar

3. Makan makanan Malaysia di Sarwah Tower Makah

Kalau rindu makanan Malaysia, boleh singgah ke restoran D'saji dan Ikhwan. Pelbagai makanan dan minuman Malaysia dijual di sana. 

Image via Kosmo

4. Sarapan ala orang Arab di Madinah

Kalau nak sarapan macam orang Arab, boleh cuba ke Syari' Qurban di Madinah. Jalan kaki sekitar 1.5km. 

Ada sup kambing dan hati unta boleh dicuba! 

Image via Ejen Az Zuha Travel

5. Dapatkan minyak wangi Arab

Abdul Somad Al-Qurashi yang menaja minyak wangi di dua buah masjid haram. Bolehlah beli buat kenangan. 

Ambil attar sebab lagi tahan lama. 5ml pun dah cukup. 

Image via Saudinesia

6. Survey dan nego masa beli barang

Kalau nak membeli-belah, boleh shopping di Madinah kerana tak ramai orang berbanding Mekah. 

Namun, Makkah mempunyai pelbagai pilihan kedai seperti kedai kurma, kedai jubah dan banyak lagi. 

Image via Sally's Thought

7. Tempah slot di Raudhah melalui aplikasi

Kalau nak melawat Raudhah, tempah dulu slot melalui aplikasi. Kalau ada rezeki, anda boleh solat fardhu dan ada banyak masa di sana. 

Image via Persada OASIS

8. Bawa sos cili sendiri

Kalau anda dah terbiasa makan pedas, pastilan bawa sos cili paket sendiri. Al-Baik (Kedai ayam goreng) di sana tidak menyediakan sos cili. 

Image via @twt_bajet (X)

9. Gunakan servis skuter untuk warga emas

Servis skuter ini disediakan untuk warga emas yang tak mampu untuk tawaf dan saie. Harga dalam 100 riyal (RM126) untuk servis tawaf dan saie.

Image via VOI

10. Elakkan scammer di Arafah

Kebanyakan scammer akan bersedia untuk menipu orang di tempat ziarah Arafah dan sebagainya. Ada yang menyediakan tawaran bergambar dengan caj yang mahal. 

Image via Kashful Azim Shaharuddin (Facebook)

Admin doakan semoga anda semua mendapat umrah yang mabrur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment