seismik

[VIDEO] Kertas Dikoyakkan & Buang Merata Tempat, Individu Kongsi Ada Yang Scam Badal Haji

Harap semua lebih berhati-hati lepas ini.

Cover image via Kashful Azim Shaharuddin (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai umat Islam yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini

Tak semua orang mampu untuk menunaikan ibadah haji. Oleh sebab itu, dalam Islam wujudnya badal haji yang membolehkan waris mengupah haji bagi individu tertentu.

Badal ini dikhusukan oleh individu yang tak mampu melakukan ibadah disebabkan keuzuran dan kematian. Syarat sah badal haji adalah mendapat keizinan daripada individu yang diwakilkan jika masih hidup. Jika tidak, maka harus dipersetujui waris. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Facebook yang memaparkan situasi orang ramai membuat badal haji di Arafah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Banyak kertas dikoyakkan dan dibuang merata tempat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang inidvidu berkongsi situasi yang sedang berlaku di padang Arafah.

Apa yang lebih mengejutkan adalah banyak kertas yang ditulis nama dan negara asal itu dikoyakkan dan dibuang bersepah di atas lantai. Lebih menakutkan lagi adalah apabila orang ramai di situ sedang melakukan badal haji untuk orang lain.

Namun, apa yang peliknya adalah apabila orang ramai di situ bersilih ganti untuk memegang kertas penama badal haji dan mengambil gambar sebagai bukti. Perkara itu sangat menimbulkan syak wasangka orang ramai.

Ramai juga yang menasihatkan agar jangan terjerat dengan badal haji scam yang murah.

"Menipu badal haji satu kerja, pastu buang sampah merata-rata pulak. Dekat tempat mulia pun nak buat perangai macam tu." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 1K komen dan 4K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Kesiannya yang kena tipu, harap lepas ni orang lain boleh peka!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: