"Dah Apply Tapi Kenapa Tak Dapat?"- Ini Tips Untuk Fresh Graduate Dapat Kerja Dengan Cepat
Buat checklist ini!
Tidak dinafikan rata-rata fresh graduates sedang mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan
Setelah tamat sesi pembelajaran di universiti, peralihan ke alam pekerjaan merupakan fasa yang paling penting untuk semua fresh graduates. Hal ini demikian kerana, alam pekerjaan yang graduan ceburi ini akan menentukan masa depan mereka.
Zaman belajar dan zaman pekerjaan sudah tentu berbeza. Kalau masa belajar, sudah pasti tugasnya hanya perlu belajar dan siapkan tugasan. Manakala zaman pekerjaan, kita dibayar untuk melakukan tugas yang melingkupi skop pekerjaan.
Image via Harian Metro
Antara cabaran yang dihadapi oleh para graduan
Para graduan tidak pernah berhenti berharap untuk mendapatkan pekerjaan. Namun begitu, pasti wujud banyak cabaran dalam perjalanan mencari sesuatu pekerjaan. Antara situasi yang sering terjadi kepada mereka ialah:
1. Sudah beberapa bulan mencari pekerjaan tetapi masih berjaya
2. Sudah beberapa kali menghadiri temu duga, masih belum berjaya
3. Terdapat kerja kosong, tetapi bukan bidang mereka
4. Tak memilih kerja, apply semua tetapi tidak mendapat panggilan
5. Keputusan yang diperolehi tidak menepati syarat dan kriteria sesuatu pekerjaan
Situasi ini bukan sesuatu yang indah untuk dikatakan. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan pandemik ini, semua pihak terkesan. Walau bagaimanapun, pesan untuk para graduan, jangan rasa rendah diri. Ambil setiap peluang yang ada walaupun bukan bidang anda.
Image via IIK
Berikut merupakan checklist sebelum anda memohon pekerjaan:
1. Penulisan resume yang padat dan penuh dengan informasi anda
Perkara ini merupakan perkara yang penting untuk syarikat menapis atau memilih calon sebelum dipanggil untuk temu duga.
2. Bawa portfolio tambahan jika ada
Portfolio ini adalah bertujuan untuk menunjukkan hasil kerja yang telah anda lakukan sepanjang sesi pembelajaran. Ini boleh dijadikan sebagai added value!
3. Tidak bergantung kepada satu aplikasi pencarian pekerjaan sahaja
Pelbagaikan aplikasi pencarian pekerjaan seperti Jobstreets, WOOB, Maukerja, LinkedIn dan lain-lain.
4. Kenali bakal majikan dan lakukan research tentang syarikat anda
First impression itu penting. Jika anda berjaya dan layak ke peringkat temu duga, pastikan anda membuat sedikit kajian supaya anda nampak berinformasi. Ini juga menunjukkan anda seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dan minat terhadap syarikat.
5. Sementara menunggu, mantapkan skil baru
Terdapat banyak aplikasi atau syarikat yang menyediakan kursus kemahiran percuma secara dalam talian. Top-up ilmu yang ada!
Sebagai seorang fresh graduate, anda disarankan supaya mempunyai matlamat hidup dan sasaran untuk masa depan, sekurang-kurangnya rancangan untuk 5 tahun pertama dalam kerjaya. Jangan putus asa!
Semoga tips dan informasi yang dikongsikan ini dapat dipraktikkan oleh kita bersama. Anda boleh dengar kisah yang berkaitan topik hari ini di sini untuk dengar lebih lanjut.
Penulis: Adinna
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!
Image via Kool FM
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment