Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Kamera Filem Untuk Beginner - "Filter Klasik"

Anda boleh dapatkan kamera filem dengan serendah RM80!

Cover image via Carousell @nazifayns (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, penggunaan kamera filem kembali tular lagi setelah lama orang beralih ke kamera digital

Kalau korang masih ingat, kamera filem ini digunakan masa zaman ibu ayah kita dulu. Proses untuk dapatkan gambar agak sukar. Pengguna perlu habiskan filem dulu kemudian hantar ke kedai gambar untuk dicuci. 

Namun hasilnya sangat puas hati, sebab itu tidak dinafikan sekarang ramai minat dengan kamera filem kerana banyak filter yang ditawarkan terutamanya filter klasik. 

Sebelum korang add to cart and check out, better korang baca dulu tips di bawah ini supaya tak tersalah beli. Enjoy!

Image via GIPHY

1. Jenis kamera: Disposable atau Non-disposable?

Kamera disposable merupakan kamera pakai buang. Maksudnya kalau korang dah habis gunakan filem yang ada, kamera itu tidak boleh digunakan lagi. Hanya untuk pakai sekali saja.

Setiap kamera filem akan mempunyai filter yang berbeza, korang boleh pilih filter yang sesuai. Kamera filem jenis ini hanya boleh mengambil sebanyak 27 keping gambar. Kamera disposable ini ada expiry date tau!

Senarai kamera filem disposable
- Kodak FunSaver
- Kodak Power Flash 
- Kodak Daylight
- Kodak Sport
- Fujifilm Simple Ace

Harga: RM89.90 - RM99.90

Beli di sini. 

Image via Shopee

Kamera non-disposable pula sama dengan resusable kamera. Anda boleh menggunakan kamera ini berulang kali. Jika filem habis, tinggal beli filem dan masukkan ke dalam kamera.

Kalau untuk kamera non-disposable, korang boleh beli filem mengikut filter yang korang minat. Jika kamera anda jenama Kodak, anda perlu beli filem Kodak.

Setiap kamera mempunyai spesifikasi berbeza mengikut saiz, berat, format filem, lensa dan flash. 

Senarai kamera filem non-disposable:
- Kodak M35 Point-and-shoot Film Camera with Flash
- Kodak M38 Point-and-shoot Film Camera with Flash
- Kodak Ultra F9 35mm
- Kodak Film Camera i60 Retro 135 Film with Flash
- Kodak EKTAR H35 Half Frame 35mm

Harga: RM69.90 - RM253.00

Beli di sini.

Image via Shopee

2. Jenis filem

Untuk kamera yang memerlukan untuk isi filem, korang boleh pilh filem yang sesuai dengan kehendak. Setiap filem mempunyai filter yang berlainan. Jangan lupa check juga sama ada jenis filem sesuai atau tidak dengan kamera.

Filem yang anda beli mempunyai expiry date tau, jangan lupa guna sebelum tarikh luput!

Senarai jenis filem:
- Kodak ColorPlus 200 Color Negative Film
- Kodak Gold 200 Color Negative Film Roll Film/36 Exposures
- Kodak Ultramax 400 Color Film - 36 Exposure/24 Exposures

Harga: RM41- RM88

Beli di sini

Image via Your Photography Buddy

Lihat rujukan gambar daripada kamera filem:

Dah habis tangkap gambar, jangan lupa bawa pergi kedai untuk dapatkan softcopy! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment