"Training Paskal Ke Dik?" - Syok Sangat Main Sorok-Sorok, Budak Sampai Tersekat Bawah Sofa
Aduhai dik.
Memiliki anak semestinya dapat menceriakan lagi suasana di rumah
Bagi pasangan yang baru menjadi ibu ayah, sudah pasti akan teruja dengan telatah dan gelagat bayi mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak syok bermain sorok-sorok namun lain pula jadi telah mencuri tumpuan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki tersekat di bawah sofa. Dia dilihat terdiam dan tidak boleh bergerak. Mujur ibunya menjumpai si cilik itu di bawah sofa setelah dia memanggil mama berkali-kali.
"Masuk boleh, keluar tak boleh. Lepas itu jerit-jerit panggil mama, tapi masalahnya macam mana awak masuk sayang, awak baru pandai meniarap tau masa ni" tulisnya.
Image via @nadiaidzan (TikTok)
"Ni kalau baby tu tidur senyap je kat bawah menggelupur mak kau dik mencari kau. Ingat kena culik ke apa tiba-tiba hilang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 181K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nadiaidzan (TikTok)
Image via @nadiaidzan (TikTok)
Image via @nadiaidzan (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Comelnya awak, admin geram! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment