[TRAVEL] Ini 6 Tempat ‘Underrated’ Untuk Berjalan-Jalan Bersama Tersayang Di Terengganu
Pergi sekali pasti nak lagi!
Kalau penat dengan kerja dan belajar, kita pasti memerlukan percutian untuk mencari ketenangan hidup dan lari daripada kesesakan jalan raya yang sibuk
Terutama buat mereka yang ingin bercuti dan juga healing tapi tak tahu nak pergi mana, anda jangan risau kerana Terengganu mempunyai pelbagai tempat menarik seperti pantai dengan pemandangan indah dan kafe yang dipenuhi pelbagai pastri. Ini adalah enam tempat yang ramai tak ketahui tapi sangat menarik untuk diterokai.
1. Chocacake Cake Cafe, Pantai Tok Jembal
Image via Chocacake (Facebook)
Sekiranya anda mahukan tempat yang cozy dan chill untuk lepak, Chocacake adalah tempat yang sesuai.
Pemandangan yang bertentangan dengan pantai sambil ditemani angin pantai sepoi-sepoi bahasa menjadikan tempat ini sangat digemari penduduk setempat.
Kafe ini sememangnya amat sesuai sebagai port lepak dan aesthetic untuk menangkap gambar. Menu pelbagai jenis kek dan minuman antara tarikannya juga!
Image via Chocacake (Facebook)
2. Pantai Kemasik, Dungun
View yang tenang, kebiruan air laut dan langit yang indah membuatkan seolah-olah kita berada di suatu tempat yang baru. Terasa seperti di dunia yang lain.
Kawasan pantai lagun dan batu-batu bukit yang berada di hujung pantai pasti menarik perhatian sesiapa saja ditambah pula pengunjung berpeluang untuk mandi-manda di sini. Jadi, kalau datang Terengganu, anda wajib datang ke sini!
Image via Jelajah Maya
3. Hutan Simpan Jambu Bongkok, Marang
Image via Kelantan Updates
Mungkin nampak tiada apa yang menarik tapi tempat ini amat ‘Instagram-able’. Gambar yang ditangkap akan nampak lebih aesthetic dan terasa seperti berada di luar negara. Menarik bukan?
4. Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun
Image via Melancong.my
Air laut kebiruan, pasir pantai memutih dan batu-batu besar yang boleh di duduk pasti membuat anda akan terpegun dengan gambar sendiri. Tempat ini menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Terengganu untuk menikmati angin pantai dan melihat pemandangannya yang cantik.
5. Pantai Jambu Bongkok, Marang
Mesti anda dah penat kan sebab banyak pantai tapi anda jangan risau! Tempat ini menjanjikan kelainan dari yang lain. Confirm tak rugi kalau datang sini.
Image via Malaysia
6. Pastel MonoMy, Tok Adis
Tidak over kalau cakap tempat ni adalah syurga makanan kerana terdapat pelbagai jenis menu kek, pastri, dan lain-lain. Pasti rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana kalau anda datang kat sini. Tempat ini juga sesuai untuk kaki Instagram buat feed!
Image via Pastelmonomy (Facebook)
Image via Pastelmonomy (Facebook)
Macam mana? Ada tempat yang menarik perhatian tak? Kalau ada, apa lagi jom datang Terengganu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment