seismik

[VIDEO] Pakai Kostum Dinosaur T-Rex Hantar Anak Mengaji Ini Buat Ramai Terhibur

Dia pun nak mengaji juga.

Cover image via @izlansomai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah semestinya masa kecil kita ada kelas mengaji Al-Quran bukan?

Setiap petang mak ayah akan menghantar kita atau kita pergi sendiri ke rumah ustaz atau ustazah untuk belajar mengaji. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi kejadian mencuit hati berkenaan kelas mengaji telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Dua beranak pakai kostum dinosaur pergi kelas mengaji

Menerusi video yang dimuat naik oleh @izlansomai di TikTok, kelihatan dua beranak dirakam memakai kostum dinosaur menaiki motosikal untuk ke kelas mengaji di sebuah rumah. 

Dalam video itu, seorang budak perempuan memakai kostum dinosaur berwarna hijau dilihat membuka pintu depan dan telah duduk di atas sofa sambil ditonton oleh kanak-kanak yang lain.

Apa yang mencuit hati adalah lelaki yang memakai kostum T-Rex dipaparkan bersusah payah dan struggle untuk masuk ke dalam rumah menyebabkan mereka yang di situ tidak dapat menahan gelak. 

"Alhamdulillahhhh dinosaur islamic haha, kalau aku budak-budak ni, mmg tak fokus dah" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 327.7K views, 23.3K likes dan 222 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berkenaan kelas mengaji. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semangat betul dinosaur tu datang mengaji ya, fighting! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: