seismik

[VIDEO] Menjerit Jumpa Lipas Masa Nak Makan Mangga, Gelagat Lelaki Ini Bikin Dekah Ramai

Lipas kalau terbang memang jadi haiwan lain dah.

Cover image via @oppafiq (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, jika kita sudah kenyang, kita mesti akan simpan lebihan makanan tersebut untuk dimakan kemudian bukan?

Jadi bila lapar, kita boleh saja menikmati makanan tersebut tapi sudah semestinya kena hati-hati dengan haiwan yang kerap muncul seperti lipas, tikus, semut dan sebagainya. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video menunjukkan reaksi dua pelajar yang terjumpa seekor lipas dalam makanan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terjumpa lipas dalam bekas ketika nak makan jeruk mangga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @oppafiq di TikTok, kelihatan seorang pelajar sedang merakam kawannya dengan menanyakannya di mana keberadaan bekas lebihan jeruk mangga kerana lapar. 

Dalam video itu, kawannya dilihat menjawab "bawah" dan menunjukkannnya di bawah katil yang diduduki olehnya. 

Namun, lain pula yang jadi apabila bekas jeruk mangga yang tiada penutup berkenaan dipaparkan mempunyai seekor lipas di dalamnya menyebabkan mereka ketakutan dan panik.

"Elok la, letak kat katil member. Memang tak tidur dia malam tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 328.4K views, 41K likes dan 330 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan komen yang mencuit hati mengenai kejadian tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lipas tu dah keluar ke belum, bang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: