seismik

[VIDEO] Kongsi Tips Minta Suami Beli Barang Dengan Print Kertas Penuh Gambar Barang Rumah

Ini memang berguna!

Cover image via @ananoorhana (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau nak beli barang rumah, sudah semestinya yang diberi tanggungjawab itu adalah kepada wanita

Iyalah, ramai lelaki yang tidak tahu dan kenal pun barang-barang tersebut. Kadang-kadang nak suruh beli pun takut barang lain yang dibelinya.

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang individu berkongsi tips minta lelaki beli barang telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video perkongsian itu di bawah: 

Print kertas penuh gambar barang rumah jadi rujukan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ananoorhana di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam suaminya yang sedang membeli barang-barang rumah di bahagian ubat gigi.

Apa yang mencuit hati adalah suaminya dilihat membuka kertas putih yang dipenuhi dengan gambar-gambar barang rumah seperti oat, minyak masak dan sebagainya.

Dalam video itu juga, dapat dilihat lelaki tersebut mudah membeli barang-barang berkenaan selepas merujuk kertas itu.

"Tak muat kertas lukisan boleh beli kertas mahjong, buat perbentangan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.5M views, 95.2K likes dan 4,663 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang mengatakan mereka akan menggunakan cara tersebut kepada suami mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nanti para isteri boleh lah cuba tips ini. Simple dan mudah sekali! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: