Tren Lambat 2 Jam, Penumpang Sesuka Hati Tekan Brek Kecemasan Ketika Sedang Bergerak
Insiden terbabit dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengingatkan pengguna tren elektrik (ETS) supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan pengangkutan itu ketika ia sedang beroperasi
Ia susulan tular sebuah video memaparkan seorang penumpang selepas dia tiba-tiba menekan brek kecemasan semasa tren sedang bergerak.
Insiden tersebut telah menyebabkan tren terbabit mengalami kelewatan selama 120 minit.
KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan juga sebagai langkah kesedaran.
Image via @ktmbofficial (Instagram)
"Pihak KTMB ingin menegaskan kepada semua pengguna tren KTMB untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
"Video insiden yang berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), di mana seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak dan telah menyebabkan kelewatan tren selama 120 minit.
"Pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 - mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang pengendali berlesen dalam mana-mana koc kereta api atau pada mana-mana tren kereta api bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan tren kereta api itu dalam hal kecemasan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment