Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Trip Bajet Ke South Korea Ketika Musim Panas Bawah RM2k Untuk 5H4M. Murah & Berbaloi! Jom?

Murahnyaaaaa!

Cover image via Twitter @IdzrulLuqman

Bila sebut sahaja Korea Selatan, ramai yang tahu bahawa tempat ini telah berada di hati rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan hampir setiap orang

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun Travel

Gambar sekadar hiasan.

Image via Phinemo

Lokasi ini telah menjadi tumpuan pelancong melalui rancangan televisyen, gambar menarik yang telah dimuat naik oleh pelancong yang sudah meninjau ke sana dan sebagainya. Sebab itulah kini ramai orang memilih Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan.

Di sana bukan sahaja mempunyai banyak tempat cantik dan menarik, malah makanan yang dijual memang sedap dan puas hati. Korea Selatan juga merupakan syurga membeli-belah untuk pelancong dan lokasi ini juga sememangnya kaya dengan kecantikan semulajadi.

Memang kalau nak diceritakan, tak akan habis. Kena pergi dan terokai sendiri, baru tahu.

Teringin nak berkunjung ke Korea Selatan untuk bercuti bersama keluarga atau yang tersayang? Boleh gunakan tips bajet di bawah ini. Bawah RM2,000 sahaja untuk 5H4M!

Tips bajet ini disediakan oleh seorang pengguna Twitter @IdzrulLuqman dan telah meraih lebih 10 ribu retweets dan 17 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Wah, ramai rupanya yang teringin untuk bercuti ke Korea Selatan!

Untuk tiket penerbangan, pastinya dengan AirAsia. Dengan harga promosi, boleh dapat lebih kurang RM670 sahaja, free seat untuk penerbangan ke (KUL - ICN - KUL). Murah oi!

Pengiraan untuk trip ini juga dibuat menggunakan Korean Won (KRW) bagi memudahkan anda menyediakan jumlah wang yang ingin ditukar

Kalau ada bajet lebih, anda boleh juga menyewa persalinan Hanbok ini, lebih kurang 12,000W. Memang puas hati, gambar-gambar pun akan jadi lawa sangat dengan persalinan ini.

Gambar di bawah adalah di Gyeongbokgung dan Bukchon Hanok Village:

Image via Twitter @IdzrulLuqman

Image via Twitter @IdzrulLuqman

Bab makanan bagi muslim, tak perlu risau. Di sana memang banyak kedai makan halal. Sedap pula tu!

Salah satu sebab kenapa anda perlu berkunjung ke Korea Selatan ini pula adalah budaya K-pop dan K-drama yang di Malaysia juga telah menembusi pasaran antarabangsa. Power betul!

Banyak betul tempat menarik di Korea Selatan ini. Kalau boleh panjangkan lagi trip, memang cun sangatlah. Boleh singgah banyak tempat menarik.

Tempat wajib singgah - Namsan Seoul Tower! Tak perlu naik atas pun, di bawah pun dah boleh nampak seluruh Seoul. Jimat sikit!

Image via Twitter @IdzrulLuqman

Banyak lagi tempat yang boleh anda terokai di Korea Selatan ini. Antaranya:

Image via Twitter @IdzrulLuqman

Untuk yang jenis suka bawa balik ole-ole, bolehlah bookmark tempat di bawah untuk shopping. Murah dan lebih jimat kalau nak beli banyak.

Image via Twitter @IdzrulLuqman

Sumber: Twitter @IdzrulLuqman

Amacam? Teringin tak nak pergi? Trip 2019 masih belum terlambat lagi!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ayuhhhh!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment