Tular Budak 8 Tahun Fasih Speaking Guna 'Accent' Amerika, Belajar Dari YouTube & TikTok Je
Powerlah dik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang budak perempuan berbahasa Inggeris dengan accent Amerika telah mencuri perhatian ramai di media sosial
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @nstonline, kelihatan pelajar berusia lapan tahun itu telah dipanggil oleh gurunya.
Apabila ditanya bagaimana dia boleh fasih berbahasa Inggeris, kanak-kanak bernama Hana dari kelas 2 Bahagia itu menceritakan tentang latar belakang keluarganya dan dari mana dia belajar speaking.
Image via @nstonline (Instagram)
Mula belajar berbahasa Inggeris lepas tengok video di YouTube dan TikTok
Menurut Hana, dia mula belajar berbahasa Inggeris sejak umurnya lima tahun kerana banyak melihat internet.
"Saya belajar bahasa Inggeris dari YouTube dan TikTok. Masa saya kecil, saya cuma tahu Bahasa Melayu saja. Satu hari, saya terjumpa video English.
"Jadi, saya dengar banyak kali dan belajar beberapa perkataan. Bila saya masuk sekolah, saya mudah berkawan bila pandai berbahasa Inggeris," katanya.
Lihat video tersebut di bawah:
Bestnya dengar dia speaking. Semoga terus berjaya dik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment