Lelaki Pasrah Isteri Borong Sakan Di Pasar Malam Sampai Lupa Tujuan - "Sawi Entah Ke Mana"
Ini perkara biasa bang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kaum wanita memang sinonim dengan hobi suka membeli-belah, tidak kira di mana mereka berada
Sebab itulah, ramai para suami 'surrender' awal kalau teman mereka ini berjalan. Kadang-kadang, tujuan asal nak cuci mata saja. Tiba-tiba banyak pula beg plastik di tangan.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman X ini, apabila seorang lelaki menurunkan isterinya di pasar malam untuk membeli sayur sawi. Namun lain pula yang terjadi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo, kelihatan lelaki itu memesan kepada isterinya supaya hanya membeli sayur sawi saja di pasar malam tersebut.
"Ingat awak jangan beli banyak sangat tau, beli apa ingat. Sawi, sawi! Haa bakul dah penuh ni ha," katanya.
Si isteri pada mulanya mengiyakan saja pesanan suaminya. Namun, beberapa minit kemudian dia datang semula dengan membawa banyak plastik di tangan.
"Aku dah agak dah, sekali sawi entah kemana," kata suaminya lagi.
"Percayalah, beli satu sampai berplastik haha," - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, netizen di laman X turut terhibur dan kebanyakannya boleh relate dengan situasi yang dihadapi lelaki itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!