seismik

Hasil Kutip Botol Terpakai Selama 20 Tahun, 'Rumah Botol Ayahku' Kini Jadi Perhatian Ramai

Kreatif lah atuk!

Cover image via @senokperutofficial (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas telah mendapat perhatian di laman TikTok selepas rumahnya yang dihiasi dengan ribuan botol menjadi tarikan pelancong

Menerusi video yang dimuat naik oleh @senokperutofficial, kelihatan warga emas yang dikenali sebagai Tok Ki menghias rumahnya dengan botol-botol terpakai dan menjadi tempat tarikan orang ramai yang datang ke Terengganu.

Tok Ki menamakan rumah itu sebagai 'Rumah Botol Ayahku'. Difahamkan, Tok Ki telah mengutip ribuan botol terbuang itu sejak 20 tahun lalu.

Menurut Tok Ki, kebanyakan botol kaca yang dikutipnya merupakan botol yang hanyut di laut. Rumahnya yang terletak di Kampung Penarik, Setiu itu juga dihias dengan pantai pasir yang dijadikan sebagai karpet.

Pada mulanya, Tok Ki mengutip botol-botol terpakai bukan bertujuan untuk menunjuk, tetapi untuk memberi kesedaran kepada orang kampung agar tidak membuang dan memecahkan botol kaca sesuka hati.

'Rumah Botol Ayahku' boleh dilawat sebanyak dua kali sehari

Masa lawatannya adalah bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 hingga 4 petang.

Selain botol, Tok Ki juga mengutip bekas simpanan makanan plastik untuk dijadikan sebagai hiasan di rumahnya itu.

"Tak tersangka, lepas makan mi rebus di Penarik, jumpa rumah paling unik pernah jumpa Rumah Botol Tokki di Penarik. Yang penting Tokki sangat mesra dan penuh nasihat, sampai budak-budak nak pergi jumpa dia kali kedua," kata si perakam.

Lihat video penuh di bawah:

@senokperutofficial

Tak tersangka, lepas makan Mee Rebus Di Penarik, jumpa rumah paling unil pernah jumpa Rumah Botol Tokki di Penarik. Yang penting Tokki sangat mesro dan penuh nasihat, sampai budok2 nak gi jumpa dia kali kedua #terengganu #jalanjalan #celuptepung #penarik

Kecapi Suling Paling Sedih - Suling Sunda

Hebat betul, umur dah 80 lebih pun masih gagah lagi Tok Ki ni. Kalau korang pergi Terengganu jangan lupa singgah okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: