Ini Lokasi Tangki Air Anda Boleh Dapatkan Semasa Gangguan Bekalan 3 Hari Di Lembah Klang
Untuk rekod, gangguan bekalan air di Lembah Klang adalah disebabkan kerja penyelenggaraan dan penggantian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Air Selangor akan menempatkan 182 lori tangki air (87 mudah alih) dan 95 (statik) bagi membantu kawasan terjejas semasa gangguan air berjadual di Lembah Klang dari 5 hingga 7 Jun ini
Menurut kenyataan Air Selangor, gangguan bekalan air di Lembah Klang adalah disebabkan kerja penyelenggaraan dan penggantian.
Bagi membantu penduduk setempat, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Pusat servis tempatan yang disediakan dengan lori tangki statik akan disediakan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur, dan Kuala Selangor
Tangki air statik boleh didapati di lokasi berikut:
- Petaling: Section 17, Section 7, Subang Bestari, dan Taman Tun Dr Ismail
- Klang: Bandar Parkland, Masjid Kg Perepat, dan Persiaran Raja Muda
- Gombak: AU3 Keramat dan Section 2 Wangsa Maju
- Kuala Lumpur: Masjid Wilayah dan Jalan Jelawi in Bangsar
- Kuala Selangor: Dataran KFC Puncak Alam dan Stadium Tertutup Kuala Selangor
"Air Selangor ingin menasihatkan penduduk yang terjejas supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.
Semak senarai ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!