Bangga 'Tayang' Keputusan Gagal SPM, Ramai Persoal Tindakan Pelajar Ini - "Tak Malu Ke?"
Jangan normalisasikan benda macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isnin lalu, 27 Mei 2024 merupakan hari bersejarah buat para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023
Ramai yang memperoleh keputusan membanggakan. Walau bagaimanapun, tular pula sebuah ciapan di laman aplikasi X ini apabila seorang individu berkongsi tangkap layar keputusan seorang pelajar di TikTok telah menjadi bualan ramai.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh @aliaakyle, kelihatan pelajar tersebut telah memuat naik keputusan SPM di akaun TikToknya.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila pelajar itu memperoleh enam subjek gagal dan dua subjek berstatus tidak hadir.
Malah, dia seolah-olah bangga menayang keputusannya itu dan berkata "Alhamdulillah bersyukur apa yang kita dapat".
"Bukan nak downgrade tapi otak I tak boleh brain how can budak sekarang yang keep posting results dorang mcm ni? Like I would be malu gila ye bahasa sendiri pun gagal. One day diaorang akan sedar lah kot betapa ilmu ni penting ye," kata pengguna X.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati netizen memberikan pelbagai respon mengenai tindakan pelajar itu
Untuk rekod, seramai 10,160 daripada 383,685 orang calon baharu SPM 2023 difahamkan tidak hadir peperiksaan dan angka itu amat membimbangkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!