Pelajar Buat Assignment Di Kedai Serbaneka Undang Perdebatan Ramai - "Dah Tegur Tak Jalan"
Macam mana boleh selesa buat assignment dekat kedai? Hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu ketika dahulu, pernah tular tentang segelintir pelajar yang gemar membuat assignment di restoran makanan segera
Sejak kebelakangan ini, difahamkan mereka mencari tempat yang lain pula untuk tujuan melepak sambil menyiapkan assignment.
Tular di laman aplikasi X baru-baru ini, sekumpulan pelajar dilihat sedang menyiapkan assignment mereka di sebuah kedai serbaneka.
Ia telah menimbulkan rasa kurang senang kepada pelanggan lain yang ingin makan di situ. Difahamkan, meja mereka pula kosong dan tidak memesan sebarang makanan.
Staf dah tegur tapi masih duduk buat 'keras'
Menerusi perkongsian posting di group Facebook SAYA ANAK PERLIS itu, kelihatan individu tersebut tidak berpuas hati dengan sikap pelajar berkenaan.
"Tempat sempit jugak la nak buat assignment. Bila tanya lama lagi ka, family kita nak makan. Slumber jawab lama lagi bang. Saya tengah siapkan assignment.
"Makanan tak dak pun atas meja. Staf tegoq pun tak jalan dok keraih situ. Hok lagu ni orang Perlih kata ketegaq ni," katanya.
Sementara itu, tinjauan ruangan komen di laman X mendapati netizen pun tidak berpuas hati dengan sikap pelajar tersebut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!