KPM Buka Saluran Khas Baiki Sekolah, PIBG Boleh Mohon Peruntukan Sebelum 30 November
Permohonan berkenaan dibuka selama sebulan bermula 1 hingga 30 November 2026 dan boleh dikemukakan menerusi pautan serta kod QR yang disediakan oleh KPM.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara kini diberi peluang mengemukakan permohonan secara terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan peruntukan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sekolah bagi tahun 2027
Menurut laporan Harian Metro, KPM menyediakan saluran khas bagi membolehkan PIBG menyenaraikan keperluan pembaikan prasarana di sekolah masing-masing untuk dipertimbangkan oleh kementerian.
Permohonan berkenaan dibuka selama sebulan bermula 1 hingga 30 November 2026 dan boleh dikemukakan menerusi pautan serta kod QR yang disediakan oleh KPM.

Langkah itu dilaksanakan susulan pengumuman peningkatan peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah kepada RM2 bilion menerusi Belanjawan MADANI 2027.
Peruntukan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima pada 9 Oktober lalu.
Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM1 bilion berbanding peruntukan sebelumnya bagi kerja membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di seluruh negara
Bagaimanapun, KPM menjelaskan bahawa pembukaan saluran khas itu tidak bermaksud setiap permohonan yang dikemukakan akan diluluskan secara automatik.
Sebaliknya, setiap cadangan perlu berdasarkan keperluan sebenar dengan memberi keutamaan kepada kerosakan kritikal serta masalah yang boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah.
Sebelum ini, Anwar turut meminta KPM mempergiat usaha turun padang ke setiap daerah bagi meneliti permohonan pembaikan prasarana sekolah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via