Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Gesa Henti Amalan Boikot, Polis Buka Kertas Siasatan

Kes itu diterima daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan video TikTok dimuat naik oleh seorang pemilik akaun.

Cover image via Berita Harian Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, khutbah bertajuk 'Menghayati Keadilan Sejagat Dalam Kehidupan Bernegara' yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) didakwa membawa mesej bahawa tindakan boikot oleh sebilangan umat Islam dan rakyat terhadap jenama tertentu ketika ini harus dihentikan

Perkara tersebut telah menjadi perbincangan ramai di media sosial. Menurut laporan Berita Harian, khutbah berkenaan turut memetik pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, yang pernah menyuarakan pandangan isu boikot agar ia dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan boikot sebegitu berlawanan dengan keadilan Islam.

"Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak, menyuarakan pandangan isu memboikot atau memulau perniagaan tertentu harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan itu berlawanan dengan keadilan Islam. Beliau berpandangan, boikot yang dilakukan ketika ini, tidak menepati sunnah baginda (Rasulullah) SAW.

"Dan (ia) boleh menjerumuskan kepada berlakunya kezaliman. Lebih parah apabila isu ini disensasikan tanpa landasan ilmu dan tanpa hujah yang benar, hingga menyemarakkan sentimen atau perasaan benci dan marah," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Susulan itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video yang dikatakan palsu mengenai teks khutbah Jumaat di Perak itu

Berdasarkan laporan Sinar Harian, aduan kes itu diterima daripada seorang lelaki berusia 42 tahun pada Sabtu lepas yang tidak berpuas hati dengan video TikTok dimuat naik seorang pemilik akaun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada keterangan diberikan, lelaki terbabit menyifatkan ulasan dalam video tersebut boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya umat Islam di Perak.

"Video itu juga dikatakan seakan mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan institusi Jabatan Mufti," katanya.

Image via Sinar Harian

Beliau berkata, siasatan dijalankan mendapati video berdurasi 1 minit dan 34 saat itu telah dikongsi oleh pemilik akaun bernama 'Ustaz Nur' yang mempunyai lebih 18,000 pengikut.

Lelaki terbabit turut mendakwa bahawa terdapat 'tangan-tangan' yang memaksa agar teks khutbah berkenaan dikeluarkan dan dibacakan.

"Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dan sensitif dalam berkongsi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara,"
kata polis.

Terdahulu, teks rasmi khutbah yang dibacakan di masjid pada Jumaat, 24 Mei 2024 itu menyeru umat Islam menghentikan amalan boikot atau memulaukan perniagaan tertentu.

Khutbah itu turut menyatakan bahawa tindakan boikot harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan tersebut berlawanan dengan keadilan Islam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment