Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tular Video Kedai Emas Dirompak Lelaki Bersenjata Dalam Sebuah Pasar Raya Di Nilai

Rakaman pendek itu turut menunjukkan salah seorang suspek membawa pistol dan dalam keadaan berjaga-jaga.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekumpulan individu bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Nilai, Negeri Sembilan pada kira-kira 8.45 malam tadi, tidak lama selepas kebanyakan pengunjung selesai berbuka puasa semalam

Dua rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, dengan salah satu daripadanya jelas menunjukkan dua lelaki bertopeng mengambil barang kemas emas dari kotak pameran.

Rakaman pendek itu turut menunjukkan salah seorang suspek membawa pistol dan berjaga-jaga, manakala rakannya mengisi barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.

Kedua-dua suspek kemudian dilihat melarikan diri dari tempat kejadian bersama hasil rompakan.

Mereka dilihat menutup keseluruhan badan, termasuk memakai topeng muka dan sarung tangan.

Image via Negeri Sembilan kini (Facebook)

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222

Menerusi kenyataan rasmi oleh pihak polis di Facebook, Ketua Polis Daerah Nilai, Abdul Malik Hasim memberitahu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan dari pemanggil seorang perempuan Melayu yang memaklumkan terdapat kejadian rompakan bersenjata api.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Nilai telah ditugaskan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati suspek disyaki yang terlibat seramai 3 orang lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan.

"Yang mana 2 suspek masuk ke dalam premis manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian. Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian," katanya dalam satu kenyataan.

Image via Polis Daerah Nilai (Faecebook)

Tonton video yang tular itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment