seismik

Sarawak Kini Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Yang Dikenali Sebagai AirBorneo

Pengumuman itu dibuat selepas kerajaan Sarawak memeterai perjanjian jual beli dengan MAG untuk merasmikan pengambilalihan MASwings.

Cover image via Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, kerajaan negeri Sarawak telah melancarkan syarikat penerbangan baharunya AirBorneo, sekaligus menjadikan negeri itu yang pertama di Malaysia memiliki syarikat penerbangan sendiri

Menurut laporan The Edge Malaysia, pengumuman itu dibuat selepas kerajaan Sarawak memeterai perjanjian jual beli dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk merasmikan pengambilalihan MASwings, anak syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Sementara itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dengan mengambil langkah strategik ini, pihaknya akan meletakkan Sarawak sebagai hab penerbangan untuk Borneo dan pintu masuk ke Asean.

"Hal ini akan membuka pintu kepada peluang baharu dan memupuk ketersambungan dan kebolehcapaian yang lebih besar ke destinasi domestik dan antarabangsa yang akan memberi manfaat kepada komuniti tempatan dan perniagaan kami," katanya pada majlis menandatangani perjanjian di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

AirBorneo bakal menyediakan perkhidmatan tambang yang berpatutan

Jelas beliau lagi, AirBorneo bersedia untuk mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi.

"Beroperasi sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (FSC), AirBorneo boleh meningkatkan pengalaman penumpang dengan ketara melalui perkhidmatan dalam penerbangan yang unggul. Ini akan menekankan prestij serantau Sarawak sebagai destinasi pelancongan premium," katanya.

Tambah Abang Johari, AirBorneo akan terus memberi tumpuan kepada perkhidmatan udara luar bandar sebelum berkembang lagi pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Image via Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS (Facebook)

"Ia akan terlibat dalam perkongsian strategik dan perjanjian perkongsian kod dengan syarikat penerbangan antarabangsa lain termasuk Malaysia Airlines, untuk meluaskan lagi jangkauan rangkaian dan meningkatkan ketersambungan global untuk Sarawak," ujarnya.

Menurut laporan itu lagi, Sarawak mahu AirBorneo turut terbang di peringkat antarabangsa termasuk ke Jerman, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong dan Thailand.

Sarawak juga telah mencadangkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching untuk ketersambungan yang lebih baik.

Sebagai rekod, MASWings di bawah MAG memberi perkhidmatan kepada kawasan luar bandar dengan pesawat turboprop, melalui laluan dalam Sabah dan Sarawak dengan lapan ATR 72-500s dan enam DHC- 6-400 Twin Otters.

Syarikat itu kini telah terbang ke 22 destinasi termasuk Brunei atas perkongsian kod dengan pangkalan utama di Kota Kinabalu dan Miri.

Gambar sekadar hiasan

Image via TTG Asia

Tonton video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: