seismik

Perodua Dedah Dapat Tawaran Untuk Jadi Penaja Jersi Manchester United

Sekiranya tajaan itu dimeterai, Perodua bakal mengikut jejak langkah syarikat automotif antarabangsa lain seperti Chevrolet dan Hyundai.

Cover image via REUTERS & Perodua

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mendedahkan pihaknya mendapat tawaran daripada gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United terutama berkenaan soal penajaan

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, pihaknya sedang menilai beberapa bentuk penajaan, termasuk hak penamaan kepada baju dan perbincangan itu turut membabitkan strategi untuk meningkatkan kehadiran jenama tempatan di pasaran Eropah.

"Baru-baru ini, saya ada menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo Perodua pada jersi mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.

"Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal. Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,"
katanya secara berseloroh ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Saujana Golf and Country Club, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin

Image via Aziah Azmee/NSTP

Minat daripada kelab bola sepak ternama seperti United menunjukkan Perodua semakin dikenali di peringkat antarabangsa

Katanya lagi, ketika ini, pihak mereka lebih banyak memberi tumpuan dan menaja sukan yang membabitkan permainan berskala kecil seperti golf dan tenis.

"Contohnya seperti pemain tenis, Novak Djokovic, meskipun sudah berusia tetapi dia tetap berdisiplin mengekalkan prestasi dan itu berkaitan dengan filosofi kami.

"Jika sukan lain, kita perlu melihat dan tunggu masa yang sesuai. Jika ada tawaran rasmi, kami bersedia untuk mempertimbangkan.

"Seperti bola sepak di Malaysia, kita sentiasa melihat peluang itu dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar ia memberi kebaikan dan tidak merugikan mana-mana pihak. Saya berasal dari Johor dan jika saya sokong JDT (Johor Darul Ta'zim), mungkin saya akan kehilangan sokongan dari pelanggan di Selangor atau Kelantan dan kami perlu berhati-hati siapa yang kami sokong serta taja," katanya.

Asmat berucap pada majlis Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Kelab Golf Saujana hari ini.

Image via Kosmo!

Selain itu, pihaknya sentiasa mempertimbangkan segala kemungkinan untuk memastikan sukan itu sentiasa mendapat manfaat daripada tajaan pihaknya.

Sekiranya perkara itu terjadi, Perodua bakal mengikut jejak langkah syarikat automotif Asia lain seperti Chevrolet dari Amerika Syarikat dan Hyundai dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Manchester United.

Malah jika ia dimeterai, kerjasama itu bakal menjadi sejarah baharu bagi syarikat automotif Malaysia dan membuka pintu lebih luas untuk jenama tempatan di pentas antarabangsa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: