seismik

Sanggup Mengaku Eyka Hilang 3 Hari Demi Konten, Polis Indonesia Sahkan Ammar Nazhan Menipu

Polis Indonesia mengesahkan bahawa dakwaan pempengaruh dari Malaysia hilang dalam hutan di Bandung hanya lakonan semata-mata.

Cover image via @amnazhan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini berhubung sebuah kes kehilangan seorang pempengaruh dari Malaysia dalam hutan ketika menghasilkan kandungan media sosial di Bandung, Jawa Barat, Indonesia

Bagaimanapun, portal berita tempatan di Indonesia iaitu KumparanNews, dalam laporan hari ini, melaporkan siasatan polis mendapati dakwaan kehilangan terbabit adalah cerita palsu.

Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia, berkata berdasarkan keterangan kepada polis, pempengaruh terbabit memberitahu mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (gadis) hilang selama 48 jam ketika membuat kandungan mengenai aktiviti paranormal'.

"Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

"Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Tangkap layar daripada video tular penemuan Eyka di hutan di Bandung, semalam.

Image via Harian Metro

Difahamkan, aktiviti kumpulan tersebut dilakukan tanpa keizinan polis di Indonesia

"Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat," ujar portal itu lagi.

Dalam pada itu, Kurnia memberitahu bahawa pempengaruh TikTok itu sudah memohon maaf kepada pihak polis.

"Mereka telah membuat surat penjelasan dan mengakui tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Mereka juga ada membuat video penjelasan," katanya.

Laporan portal berita tempatan di Indonesia mendedahkan penipuan oleh pempengaruh yang mendakwa rakan hilang ketika penggambaran dalam hutan di Bandung.

Image via KumparanNews

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: