7 Negeri Di Malaysia Ini Tidak Akan Cuti Umum 'Thaipusam' Pada 11 Februari 2025
Penduduk di tujuh buah negeri ini perlu bekerja seperti biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai rakyat Malaysia terutamanya beragama Hindu sedang bersiap sedia untuk menyambut perayaan hari Thaipusam yang akan datang
Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, Gombak, Selangor iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu.
Tetapi, tahukah anda bahawa hari Selasa, 11 Februari 2025 iaitu hari Thaipusam, bukanlah cuti umum kebangsaan untuk seluruh negeri.
Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari, pejabat dan jabatan kerajaan di beberapa buah negeri tetap akan beroperasi seperti biasa.
Bagi penduduk Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu, hari Thaipusam tidak diisytiharkan sebagai cuti umum
Negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka.
Manakala, negeri-negeri yang mendapat cuti umum atau kelepasan am untuk hari Thaipusam seperti berikut:
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
3. Johor
4. Negeri Sembilan
5. Perak
6. Pulau Pinang
7. Selangor
8. Kedah (*baru sahaja diumumkan pada 3 Februari lalu sebagai cuti peristiwa)
Dalam pada itu, menerusi perkongsian surat rasmi, kerajaan negeri Kedah telah memutuskan 11 Februari ini sebagai cuti peristiwa bagi perayaan sempena perayaan Hari Thaipusam.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Dr. Nadzman Mustaffa berkata, cuti peristiwa tersebut selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju menetapkan 11 Februari 2025 (Selasa) sebagai cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.
"Cuti peristiwa ini adalah selaras dengan Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369)," petik surat rasmi berkenaan.
Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu cuti berkenaan diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya.
Sama ada anda menikmati cuti umum atau perlu bekerja, kami di SEISMIK mengucapkan selamat menyambut hari Thaipusam kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!