Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Uyaina Arshad Kini Dilantik Sebagai Duta BabyAyo, Suplemen Kesihatan Kanak-Kanak

Kesihatan anak-anak bermula daripada pemakanan yang sihat.

Cover image via @babyayohq (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tuah hamil anak kedua, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dilantik sebagai duta suplemen kesihatan kanak-kanak, Baby Ayo

Persona yang ditampilkan Uyaina sebagai seorang ibu dan selebriti popular menjadi kunci utama pemilihannya, kata Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin.

“Setelah menyenarai pendek beberapa selebriti, kami merasakan Uyaina adalah selebriti paling sesuai menjadi duta Baby Ayo. Kami melihat dia seorang ibu yang hebat membesarkan anaknya walaupun sedang hamil tujuh bulan dan sangat aktif dengan kerjaya.

“Selepas mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara Uyaina dan pihak Baby Ayo, kami yakin Uyaina adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.

“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Uyaina yang konsisten menggunakan produk ini untuk anaknya sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna,” katanya pada majlis pelancaran jenama itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tampil dengan produk sulung berasaskan Elderberry dan Acai Berry menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin

Image via @babyayohq (Instagram)

Jelasnya lagi, selepas mengkaji khasiat Elderberry dan Acai Berry yang mampu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi anak-anak agar tidak mudah demam dan selesema, ia sekali gus memberi inspirasi kepada AYOGI Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan Elderberry dan Acai Berry menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin.

“Idea ini terhasil apabila salah seorang anak ahli keluarga kepada pengasas produk ini sering mengalami masalah demam dan selesema selepas mula masuk ke sekolah. 

"Salah seorang rakan baiknya mengesyorkan satu produk berasaskan Elderberry dan Acai Berry dari Australia dalam bentuk cecair, anaknya sudah jarang demam dan selesema. 

"Sekali gus memberi idea untuk membuat satu formulasi baharu tetapi dalam bentuk gula-gula kunyahan (gummy) supaya lebih mudah dan lebih digemari oleh anak-anak kecil terutamanya.

“Jadi timbul idea untuk menjadikan Elderberry dan Acai Berry sebagai asas utama dalam pembikinan produk vitamin kanak-kanak ini. 

"Ditambah pula dengan perisa Raspberry yang sedap, produk ini pasti akan menjadi kesukaan anak-anak di rumah sekali gus mengurangkan kebimbangan ibu bapa,” ulasnya menyatakan bahawa produk Berries Gummy Kids Vitamin ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.

Uyaina dan suami, Raja Syahiran turut meraikan majlis 'gender reveal' anak kedua yang bakal dilahirkan

Image via @babyayohq (Instagram)

Dalam pada itu, pelakon yang sedang sarat hamil ini turut berkongsi keterujaan mewakili jenama Baby Ayo yang disifatkan mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada kesihatan kanak-kanak.

“Apabila menjadi ibu, tidak dinafikan memang selalu ditawarkan menjadi duta pelbagai jenama sama ada untuk kanak-kanak, penjagaan ibu dan anak dan sebagainya. Namun dengan Baby Ayo Berries Gummy Kids Vitamin, saya melihat tidak banyak produk sebegini di pasaran khususnya produk tempatan.

“Saya teliti dan lihat kandungan bahan, bagaimana penyelidikan dibuat dan keselamatan untuk kanak-kanak. Setelah dipertimbangkan, ia menepati dan melepasi piawaian yang saya tetapkan,” katanya.

Di majlis yang sama, Uyaina dan suami, Raja Syahiran turut meraikan majlis ‘gender reveal’ anak kedua yang bakal dilahirkan. Kedua-duanya melahirkan kesyukuran bakal menimang cahaya mata lelaki.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment