Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] 5 Tahun Bercinta Tanpa Restu, Gadis Ini Menangis Datang Majlis Kahwin Ex-Boyfriend

Nak buat macam mana, redha jelah.

Cover image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je tak nak mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang sudah lama bercinta sehingga bertahun-tahun bukan?

Namun kalau tak ada jodoh dan hubungan putus di tengah-tengah jalan, sudah pasti impian yang diangan-angankan selama ini musnah begitu saja. 

Bagi kaum lelaki, mungkin senang untuk mereka move on. Tetapi tidak bagi kaum perempuan yang sememangnya terkenal dengan sifat lemah dan cepat 'koyak'.

Sama seperti kisah seorang gadis ini apabila videonya tular di laman TikTok baru-baru ini dan mencuri tumpuan ramai gara-gara hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap bawa hadiah, tapi gagal tahan air mata sebaik saja sampai di pelamin

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Yuli Widyawati, kelihatan dia ketika itu menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Dengan kapsyen "biarlah aku bersedih asal kau bahagia, 5 tahun jadi milik orang lain", Yuli meluahkan rasa sedihnya kerana hubungan cinta yang dibina selama bertahun-tahun putus di tengah jalan kerana tidak direstui keluarga.

Walau bagaimanapun, dia tetap pasrah dan datang berjumpa dengan bekas kekasihnya itu. Di akhir video ketika dia memberikan hadiah kahwin dengan tiba-tiba air matanya mengalir sehingga dia menutup muka dengan tudung kerana terlalu sedih.

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

"It's okay, Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.1 juta tontonan, 163.4K tanda suka serta 1.3K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut merasa simpati terhadap Yuli dan ramai yang memberikan kata-kata semangat buatnya supaya redha dengan ketentuan takdir.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Image via @yuliwidiyawati1 (TikTok)

Sedih memang sedih, tapi apa-apa pun semuanya dah tertulis. Stay strong sis!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment