Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Abang JPJ Ini Jelaskan Boleh Atau Tidak Guna Lampu Albino Pada Kenderaan

Difahamkan, nyalaan bagi setiap mentol juga mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi satu hobi buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik atau lain daripada yang lain

Bagaimanapun, tidak semua modifikasi yang dilakukan itu dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tular sebuah video baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang lelaki yang juga anggota JPJ telah tampil menjelaskan tentang penggunaan lampu albino pada kenderaan mengikut syarat yang ditetapkan jabatan tersebut kerana banyak soalan yang diajukan kepadanya mengenai penggunaan lampu itu.

Menurutnya, antara syarat utama untuk membolehkan pemasangan lampu albino adalah sesuatu kenderaan itu mestilah mempunyai reflector pemasangan asal kilang di bahagian bonet atau bumper belakang.

“Pada lampu asal memang terdapat satu sifat iaitu bersifat pantulan yang boleh memantulkan cahaya dalam keadaan kesemua lampu tersebut tidak berfungsi yang mana sifat ini tidak ada pada lampu albino,” jelasnya.

Namun, kenderaan yang tidak memiliki pantulan cahaya asal semasa pengeluarannya tidak dibenarkan untuk menggunakan lampu albino.

Image via @rahmanpotente (TikTok)

Nyalaan lampu mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Menurut Rahman, nyalaan bagi setiap mentol juga mestilah mengikut spesifikasi yang telah dikehendaki oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

“Nyalaan lampu ketika malam dan brek mestilah berwarna merah, nyalaan lampu isyarat berwarna kuning dan lampu undur (reverse) berwarna putih,” jelasnya lagi.

"Maaf aku memang tak minat albino, merah lagi menyerlah" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 156.7K tontonan, 5.9K tanda suka dan 286 komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @rahmanpotente (TikTok)

Image via @rahmanpotente (TikTok)

Image via @rahmanpotente (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Mungkin bagi sesetengah orang rasa lampu albino ni cantik pada kenderaan mereka :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment