[VIDEO] Abang Security Pulangkan Beg Mewah Loius Vuitton Wanita Ini Raih Perhatian Ramai
Bergaya abang tu.
Tidak dinafikan sesetengah orang saja yang mampu untuk membeli beg mewah yang berjenama
Iyalah, harga sebuah beg boleh mencecah sehingga ribuan dan jutaan ringgit. Kalau dah dapat beli, sudah tentu akan dijaga dengan sebaik mungkin.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan security guard memulangkan beg mewah kepada tuannya di Pavilion telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sengaja tinggal beg LV, nasib baik ada abang security terjumpa dan pulangkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan beberapa orang abang security sedang berlegar di pusat beli-belah Pavilion.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang abang security guard dilihat membawa sebuah beg mewah berjenama Louis Vuitton yang berharga RM8,900.
Difahamkan, abang itu sedang mencari tuan kepada begnya itu dan akhirnya jumpa seorang wanita yang dipercayai pemilik beg mewah itu.
Image via @fishmeatdie (TikTok)
"Thank God the security found it, if someone else. Bye bye" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 76K tanda suka dan 116 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fishmeatdie (TikTok)
Image via @fishmeatdie (TikTok)
Image via @fishmeatdie (TikTok)
Ada juga orang yang baik hati dan berperikemanusiaan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment