[VIDEO] Abang Sengaja Tipu Cakap Ada Roadblock Polis, Reaksi Si Adik Pula Bikin Dekah!
Dia punya menjerit tu kelakar weh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila ternampak saja ada roadblock di jalan raya, pasti kita ada sedikit rasa gementar bukan?
Walaupun sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan jalan raya, tetapi tetap ada rasa gementar dan takut kepada polis dan JPJ.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila reaksi seorang budak lelaki telah menimbul dekah netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Abang sengaja tipu adik cakap ada roadblock polis
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang abang bersama adik lelakinya berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke sesuatu tempat.
Si adik dilihat pada masa itu berada di belakang tempat duduk ketika dia sedang memandu. Lalu si abang dengan muncul satu idea untuk menyakat adiknya itu.
Dia kemudian memberitahu adiknya bahawa terdapat roadblock polis di depan menyebabkan si adik pantas duduk di tempat duduk bahagian depan.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah adiknya itu sehingga menjerit ketakutan sambil meminta abangnya untuk tolong memakaikan tali pinggang di tempat duduknya itu. Si adik akhirnya ternampak video yang sedang dirakam oleh si abang dan memukulnya.
Image via @wanwanwan_wan__ (Twitter)
Image via @wanwanwan_wan__ (Twitter)
"Moment he realized he has been recorded" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi rasa sama apabila perasaan terjumpa roadblock polis.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 271.4K views, 15.3K retweets dan 17.1K likes di Twitter.
berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Aduhai, jahat betul abang dia sakat adik ya. Sampai menjerit tu :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment