[VIDEO] Sajat Menangis Rindu Terima Baju Kurung Milik Ibunya Setelah Bertahun Tidak Pulang
Alahai, rindu betul Sajat dekat ibunya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh dan juga seorang usahawan, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang kini menetap di Australia raih perhatian ramai selepas meluahkan rasa sedih ketika menerima bungkusan daripada ibunya dari Malaysia
Menerusi video live di TikTok yang dikongsikan semula oleh pengikutnya, Sajat menyatakan bahawa dia meminta ibunya mengirimkan beberapa pasang baju kurung untuk dipakai olehnya ketika masak sambil buat live di platform tersebut.
"Sajat cakap dekat mak nak baju kurung nak pakai masa buat masak-masak. Lepas itu dia bagi Sajat baju kurung dia.
"Sayang nak pakai. Baru sampai tadi, Sajat mintak dia baju kurung sebab Sajat punya dah tak ada. Cakap dengan mak, ‘mak boleh tak hantar baju mak, Sajat punya dah habis semua pakai," katanya.
Katanya, dia tidak menyangka bahawa bungkusan baju kurung yang diterima itu adalah milik ibunya sendiri.
Sajat dilihat tidak dapat menahan rasa sebak lalu mencium baju pemberian ibunya itu kerana rindu yang mendalam.
"Rindunya Sajat dekat mak dia. Aku yang menangis" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 61.3K tanda suka dan 1.1K komen di TikTok, netizen turut menzahirkan rasa sedih mereka.
Berikut merupakan antara komen-komen netizen di TikTok:
Image via @jen.rjane (TikTok)
Image via @jen.rjane (TikTok)
Image via @jen.rjane (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Hm sedih lah bila tengok rindu seorang anak terhadap ibunya :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment