Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Dengan Hanya RM5.90, Gadis Ini Kongsi Alat Boleh Hilangkan 'Bulu' Pada Baju. Wah!

Betul-betul nampak macam T-shirt baru beli!

Cover image via Twitter @SaidaZarifa

Perasan tak pakaian kita yang diperbuat daripada kapas bila sudah lama itu tiba-tiba akan tumbuh 'bulu'

Pakaian berbulu ini terjadi ketika serat pada kain atau pakaian bergesekan sehingga menyebabkan bahan itu rosak dan membentuk tumpukan bulu-bulu kecil. Hal ini biasanya berlaku disebabkan baju yang dicuci dengan kasar mesin basuh.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Nakita

Tengok pakaian berbulu ini sudah tentu sangat menjengkelkan lebih-lebih lagi jikalau ianya terjadi pada baju kesayangan. Nak pakai baju berbulu ini selain membuat kita rasa tidak selesa, pasti rasa tak best juga bila dipandang orang.

Haa.. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan bulu-bulu nakal ini pada pakaian.

Apakah caranya? Memperkenalkan 'Rolling Lint Remover'.

Dengan hanya beberapa gulingan, alat kecil berharga RM5.90 dari Daiso ini dapat mengeluarkan bulu-bulu kecil dan menjadikan pakaian anda kelihatan seperti baru sahaja membelinya!

Image via says.com

Image via says.com

Image via says.com

Menerusi laman Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai @SaidaZarifah telah memuat naik video demo menggunakan Rolling Lint Remover pada pakaiannya.

Dalam video tersebut, Saida berkata dua bateri double-A perlu digunakan untuk menghidupkan bilah di dalam peralatan kecil itu.

Dia kemudiannya menyikat alat itu di atas kemeja dan setelah hanya 30 saat aplikasi, semua bulu-bulu pada pakaian itu hilang. Bukan itu sahaja, Saida juga menyebut bahawa Rolling Lint Remover ini mempunyai ruang menyimpan serat yang telah dikeluarkan.

Ternyata perkongsian daripada Saida ini berjaya menarik perhatian netizen dan mendapat lebih 17 ribu retweets dan 35 ribu tanda suka!

Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan netizen yang mengesyorkan alat pencukur atau shaver kerana mampu memberi hasil yang mirip alat keluaran Daiso itu.

Amacam, best tak? Jom try buat pada baju sendiri!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Buat yang ingin baiki neckline pada t-shirt pula boleh cuba tips ini!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment