[VIDEO] Anak Murid Bawa Udang Galah 'Fresh' Untuk Sedekah Kepada Guru Ini Curi Tumpuan
Wah, besarnya!
Umum sedia maklum, guru yang disenangi anak-anak muridnya merupakan seorang cikgu yang baik
Di sekolah, mesti kita akan ada guru favourite bukan? Iyalah, layanan yang diberikannya membuatkan kita senang untuk belajar dengan guru itu.
Apabila tiba hari guru, pastinya guru favourite akan dapat hadiah istimewa paling banyak betul tak?
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang guru berkongsi kisah ketika muridnya memberikan udang galah segar ini curi tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok sekolah di pendalaman sebab pelajar selalu sedekah makanan
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @cikguspiderman7, kelihatan dia berkongsi kisah ketika anak muridnya sedekah makanan.
Difahamkan, guru itu mengajar di sekolah pendalaman di Sarawak. Apa yang lebih menarik adalah apabila anak muridnya itu dengan selamba membawa udang galah segar masuk ke kelas.
Malah, saiz udang galah yang besar itu membuatkan rata-rata netizen terkejut melihatnya.
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
"3 tahun di sarawak, orang-orang Sarawak baik dan sangat pemurah bab makanan ni ya" - Netizen
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 963.2K views, 65K likes dan 1,926 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
Image via @cikguspiderman7 (TikTok)
Untunglah cikgu dapat free. Kalau dekat Semenanjung, udang galah ini macam T20 ya :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment