Habis Satu Badan Mandi Lumpur, Budak Naik Basikal Balik Dari Beli Maggi Ini Curi Tumpuan
Macam Mail Upin Ipin pun ada.
Sesiapa yang dibesarkan dalam suasana kampung, pasti akan ada memori yang tak akan pernah dilupakan
Membesar di kampung berbeza dengan membesar di bandar. Hal ini kerana, berada di kampung dikatakan sedikit bebas dan boleh buat pelbagai aktiviti.
Misalnya seperti memancing di parit, mandi sungai tanpa kebenaran orang tua dan sebagainya. Bila diimbau semula memori itu, alangkah seronoknya kita semasa zaman kanak-kanak.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang budak lelaki berbasikal sambil memegang Maggi. Tetapi, satu badannya habis berlumuran dengan lumpur itu telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru balik dari Maggi, tapi satu badan mandi lumpur
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia merakam seorang budak lelaki yang berbasikal sambil memegang sepaket Maggi.
Apa yang menarik perhatiannya adalah, satu badan budak itu berlumuran dengan lumpur. Bila ditanya, budak itu menjawab dia balik dari beli sepaket Maggi.
Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur. Malah, ada yang berkata suara budak itu persis seperti suara Mail dalam animasi Upin & Ipin.
"Senyum je dia, hahaha. Zaman kanak-kanak kampung dulu memang best" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.7M views, 95.1K likes dan 2,167 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu. Malah, ada yang rindukan zaman kanak-kanak dahulu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!