Wanita Kongsi Suasana Kenduri Kahwin Di Kampung Macam 'Pasar Malam' Ini Buat Ramai Teruja
Wah meriahnya!
Sebagai tuan rumah, mesti akan rasa bimbang kalau tiba-tiba lauk kenduri kita tak cukup betul tak?
Bila lauk tak cukup, mulalah cari ikhtiar lain seperti tapau makanan dan sebagainya. Iyalah, tetamu ada yang datang dari jauh. Jadi serba salah jika tetamu datang tapi tak dapat makanan.
Sebab itu kalau buat kenduri, kena pastikan bilangan jemputan dan kuantiti makanan mencukupi. Biar lauk lebih tak apa, asalkan perut tetamu tak kosong lepas pulang dari kenduri.
Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi kenduri kahwin meriah dengan makanan seperti pasar malam telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Macam pasar malam, tapi kali ini makanan semua free
Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu berada di sebuah kenduri kahwin di Kuala Ketil, Kedah.
Apa yang membuatkan dia berasa teruja apabila tetamu yang hadir ke kenduri kahwin itu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Situasi itu seolah-olah seperti berada di pasar malam.
Malah, di ruangan komen ibu saudara kepada tuan rumah ini berkata, kesemua makanan itu adalah makanan sponsor daripada orang-orang kampung disitu.
Lihat video lain itu di bawah:
"Ini biasanya orang kampung sponsor, nanti bergilir lah. Meriah macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 230.4K views, 13.1K likes dan 343 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat kemeriahan kenduri itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kalau meriah macam ni, pengantin datang pun tak perasan dah. Nampak makanan je :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!