Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Anak Sulung Terharu, Ibu Belikan Hadiah Sebab Banyak Tolong & Mengalah Selama Ini

Kita pula yang sebak.

Cover image via @ct_aisyah33 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dan patuh kepada ibu bapa

Merekalah insan yang telah menjaga dan membesarkan kita selama ini. Jadi, dengan mendengar cakap mereka mungkin sedikit sebanyak dapat menggembirakan mereka.

Tambahan lagi, buat anak sulung yang selalu menjadi harapan buat ibu bapa untuk menjaga adik-adiknya. Tentu ia bukan satu perkara yang mudah.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita menitip ucapan terima kasih buat putera sulungnya ternyata membuat ramai sebak.

Lihat video itu di bawah:

Menangis sebab ibu belikan hadiah yang sudah lama inginkan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di dalam kereta dan menunggu putera sulungnya bersama dengan anak-anak yang lain.

Pada awalnya, dapat dilihat si ibu hanya berborak kosong bersamanya dan bertanyakan soalan adakah dia masih menyayangi ibunya walaupun selalu dimarahi.

Difahamkan, anak sulungnya itu sudah lama ingin permainan konsol steering kereta, namun tidak mahu menyusahkan ibunya dan berniat untuk membelinya sendiri satu hari nanti.

Si ibu kemudian menyuruh anaknya itu memandang belakang kerana dia sudah pun membelinya untuknya. Situasi itu ternyata membuatkan anaknya itu sebak dan terus memeluk ibunya.

Image via @ct_aisyah33 (TikTok)

"Video tak habis lagi air mata dah berjurai-jurai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 877.9K views, 93.2K likes dan 8,263 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @ct_aisyah33 (TikTok)

Image via @ct_aisyah33 (TikTok)

Image via @ct_aisyah33 (TikTok)

Image via @ct_aisyah33 (TikTok)

Siapa potong bawang ni, kita pula yang sedih tengok :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment