seismik

Sama-Sama Buat Grab Cari Duit Kahwin, Rider Tak Sangka Dapat Tips RM500 Dari Pelanggan

Rezeki tak salah alamat.

Cover image via @pinn_yang (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkerja sebagai seorang rider bukanlah mudah kerana pelbagai risiko yang perlu dihadapi

Malah, anda juga perlu mempersiapkan mental dan fizikal untuk melayan kerenah pelanggan semasa waktu bekerja.

Namun jika diberi rezeki, kadangkala ada pelanggan yang baik hati memberikan tips lebih buat mereka.

Sama seperti video di TikTok ini apabila sepasang kekasih mendapat tips RM500 daripada seorang pelanggan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Mula-mula pilih kertas RM100, tapi lelaki ini suruh pilih lagi sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membuat permainan yang sedang viral di TikTok kepada rider makanannya.

Dapat dilihat ditangannya dia memegang dua helai kertas yang bertulis RM100 dan juga RM500. Permainan itu menyuruh untuk individu memilih sendiri sama ada bahagian atas atau bawah.

Pada awalnya, pemuda berkenaan memilih kertas di bahagian atas, namun lelaki itu menyuruh dia memilihnya semula. Kali ini, kekasihnya pula yang memilih dan mengambil bahagian bawah.

Dia kemudian terkejut selepas mendapat tahu akan menerima tips RM500 daripada lelaki tersebut. Difahamkan, pemuda itu bekerja sepenuh masa sebagai rider untuk mengumpul duit kahwin.

"Semoga diberi kebaikan yang berpanjangan buat abang creator ini" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pujian buat lelaki tersebut dan ada juga yang mendoakan buat pasangan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.4M views, 442.4K likes dan 6,884 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Murah rezeki dia sedekah dekat orang :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: