"Ini Perempuan Kalau Dekat Thailand Mesti Sedap" - Netizen Mahu Rider Ini Diambil Tindakan
Selamba je dia cakap macam tu.
Gangguan seksual di dalam negara kini kian berleluasa. Tidak kira bagi kaum wanita ataupun lelaki
Segalanya boleh terjadi kepada mereka. Sudah tentu, antara ramai yang mendapat gangguan seksual ini terdiri daripada kaum wanita.
Disebabkan itulah, anda dinasihatkan untuk tidak keluar seorang diri terutama di tempat yang sunyi dan waktu malam kerana ia amat berbahaya.
Terbaru, kecoh di media sosial apabila seorang rider yang didakwa menggunakan kata-kata tidak sopan kepada seorang wanita telah mendapat kecaman ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Rider makanan mengaku ada keluar kenyataan tersebut daripada mulutnya
Menerusi video tersebut, kejadian itu berlaku apabila pekerja penghantar makan itu sedang berjalan di sebelah teman wanitanya.
“Apabila teman wanita saya bersemuka dengannya dia menjerit ‘Kau apahal? Ingat bagus sangat. Apa tengok-tengok?’ sambil menerpa ke arahnya. Ini menyebabkan kekasih saya mengalami serangan panik," tulisnya.
Walaupun kejadian itu tidak berjaya dirakam, namun Cheah berjaya merekodkan pengakuan lelaki berkenaan selepas dia bersemuka dengannya di sebuah kedai makan.
Di dalam video terbabit, dapat dilihat penghantar makanan itu memohon maaf kepada Cheah sebaik sahaja dia mengetahui wanita yang diganggu itu adalah kekasihnya.
Namun, seorang rakannya di Twitter mendakwa mereka sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut namun setakat ini belum ada apa-apa tindakan yang diambil.
Lihat ciapan itu di bawah:
"Macam nak kena cili mulut pak cik ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan rider tersebut dan mahu dia diambil tindakan selanjutnya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 206 likes, 95 comments dan 102 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!