Pemuda Geli Tengok Perangai Rakan Serumah, Pengotor Sampai Tandas Pun Dibiarkan Berkerak!
Eee gelinya!
Harga rumah yang mahal dan ekonomi tidak menentu sekarang, membuatkan ramai yang memilih untuk menyewa rumah terlebih dahulu
Tidak kiralah bagi golongan bujang mahupun yang sudah berkahwin. Alternatif menyewa rumah adalah menjadi pilihan mereka.
Jika sudah berkahwin, sudah tentunya hanya kita dan pasangan saja dalam rumah. Namun, bagi mereka yang bujang dan tinggal di rumah sewa, tambahan lagi ramai pula penghuninya pasti akan menjadi sedikit masalah.
Iyalah, bukan saja ada yang kadangkala lewat bayar tapi boleh juga nampak sikap sesetengah mereka yang 'pengotor'.
Di TikTok, lelaki ini berkongsi keadaan rumah sewanya bersama dengan rakan yang teruk dan kotor telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Geli lihat sikap pengotor rakan serumah yang lepas tangan
Menerusi video tersebut, lelaki itu berkongsi keadaan rumah sewanya yang dikongsi bersama dengan rakan.
Dapat dilihat, keadaan ruang tamu dan dapur yang sangat bersepah dan tidak dibersihkan. Malah, lebih menjijikkan lagi adalah keadaan tandas mereka yang berkerak sehingga menjadi hitam dek kerana tidak dibersihkan.
Namun, selepas viral saja perkongsian itu di laman TikToknya, alangkah terkejutnya dia apabila melihat rumah yang dulunya kotor dan bersepah kini sudah bersih dan kemas daripada sebelum ini.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Masuk rumah pakai kasut ke ni, tak sanggupnya nak letak tapak kaki" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli mereka selepas melihat video perkongsian tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan meraih 2.2M views, 91.6K likes dan 4,513 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!