seismik

Dakwa Pendapatan Boleh Cecah Lebih RM100K, Perkongsian Rider Ini Cetus Perbualan Netizen

Biar betul?

Cover image via @norazambudin (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang perlu bekerja demi mencari rezeki dan menyara diri dan keluarga

Tidak kisahlah kerja apa pun anda buat, tetapi yang penting halal sumber rezekinya. Dengan harga barangan dan ekonomi yang tidak menentu sekarang, ramai orang mempunyai dua pekerjaan.

Antara pekerjaan part time yang sering kita dengar bagi kaum lelaki adalah sebagai penghantar makanan. Nampak saja mudah tetapi ia juga berisiko tinggi.

Namun, tular di Twitter apabila seorang individu berkongsi pendapatan hariannya sebagai seorang rider telah menimbulkan tanda tanya ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Kongsi pendapatan boleh cecah lebih dari RM100,000

Menerusi posting tersebut, seorang lelaki berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan pendapatan seorang individu.

Difahamkan, individu tersebut bekerja sebagai rider dan telah berkongsi pendapatan hariannya bekerja.

Namun, apa yang lebih menarik tumpuan adalah dia juga berkongsi pendapatannya sebagai rider itu boleh mencecah sehingga RM100,000 jika bekerja lebih keras. Individu itu ternyata membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada ia betul atau tidak.

"Kencing. Nak maintain RM200 ratus bukan senang melainkan tiap hari bekerja 12 jam" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mempersoalkan kebenaran itu dan ada yang berkongsi pendapat mereka sendiri mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1,806 retweets, 477 quotes tweets dan 5,996 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Kalau betul, mesti ramai nak kerja jadi rider juga ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: