TikToker Amerika Tanya Rakyat Malaysia Tabiat Pelancong Yang Tak Suka, Komen Pula 'Panas'
Tiada "begpacking"!
Kita semua pasti ada mempunyai pengalaman sama dengan pelancong yang menjengkelkan dan tidak endah tentang budaya tempatan
Bila datang ke negara orang ini, kita kenalah hormat dengan budaya dan adat mereka betul tak? Jadi, tak adalah nampak seperti biadap di situ.
Bagaimanapun, seorang TikToker dengan nama @motiotra ini memutuskan untuk bertanyakan rakyat Malaysia tentang perkara yang dilihat sebagai biadap dalam budaya Malaysia serta perkara dilakukan oleh pelancong yang telah menjengkelkan mereka.
Lihat video itu di bawah:
Nak minta jawapan netizen apa yang mereka tak suka tabiat pelancong
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu bertanyakan apakah tabiat pelancong yang tidak disukai rakyat Malaysia sehingga boleh membuatkan mereka 'rimas' dengan keberadaan mereka.
Dia juga bertanyakan soalan itu kerana memberitahu mahu menghormati dan mendalami tentang Malaysia ini.
"Climbing a skyscraper without permits and boast about it" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut membalas dengan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka mengenai segelintir pelancong di negara ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 105.3K views, 4,420 likes dan 846 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!