"I Never Seen Like This" - Pelancong Terpegun Lihat Deko Perayaan Shopping Mall Malaysia
Baru dia tahu.
Di Malaysia, sudah menjadi perkara biasa untuk mendekorasi setiap sambutan setiap perayaan di dalam pusat beli-belah
Contohnya seperti perayaan Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina. Selain daripada kita boleh lihat dekorasi ini di rumah-rumah, kita juga pasti pernah melihat dekorasi tersebut di dalam pusat beli-belah betul tak?
Hal ini kerana, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa. Jadi, tidak hairanlah ada pusat beli-belah yang mendekorasinya di dalam bagi meraikan bersama.
Namun, seorang minah salleh berkongsi rasa terujanya apabila melihat dekorasi perayaan yang cantik di dalam pusat beli-belah negara telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Teruja tengok pusat beli-belah letak effort untuk dekorasi perayaan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelancong luar negara sedang berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah di Malaysia.
Apa yang membuatkan dia merasa terpegun adalah dia menunjukkan dekorasi yang cantik di dalam pusat beli-belah tersebut untuk menyambut perayaan.
Malah, dia juga memberitahu tidak pernah melihat sesebuah pusat beli-belah meletakkan dekorasi untuk menyambut sesebuah perayaan.
"Saya rasa ini hanya boleh dilihat di Malaysia. Suka dengan hiasan dalam pusat beli-belah," tulisnya.
"We celebrate everything and everywhere in Malaysia" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 383.3K views, 30.3K likes dan 536 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!