seismik

Jangan Terkejut, Gaji Pencuci Pinggan Di Malaysia Adalah Nombor 4 Tertinggi Di Dunia!

Wow, biar betul?

Cover image via Utusan Malaysia & Laichi Kang

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja di kedai makan bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda perlu berdepan dengan ramai orang setiap hari

Terutama sekali bagi pencuci pinggan. Dengar macam kerja senang saja kan? Tetapi, sebenarnya sangat memenatkan dan mencabar kerana mereka perlu pastikan tahap kebersihan sesebuah premis itu.

Namun, baru-baru ini media antarabangsa ada melaporkan tentang lima negara dengan gaji pencuci pinggan tertinggi di dunia dan Malaysia berada di tangga keempat. Wah, biar betul?

Lihat video itu di bawah:

Gaji pencuci pinggan Malaysia cecah RM34,750 setahun

Menerusi laporan media dari Indonesia itu, dapat dilihat bahawa Malaysia berada di tangga ke-4 dengan gaji pencuci pinggan paling tinggi di dunia dengan gaji RM34,750 setahun.

Difahamkan, laporan tersebut memberitahu ada sebuah restoran China yang bertapak di Malaysia telah menawarkan gaji sebanyak RM3,000 sebulan kepada mereka yang sudi untuk bekerja sebagai pencuci pinggan.

Manakala, bagi tempat yang pertama adalah di Kanada dengan gaji pencuci pinggan yang ditawarkan sebanyak RM109 sejam.

Negara jiran kita, Singapura pula berada di tempat kedua dengan gaji sekitar RM11,000 sebulan. Ia kerana berikutan tiada orang yang berminat untuk melakukan kerja tersebut. Di tangga ke-3 pula adalah Amerika Syarikat sebanyak USD$25,409 atau RM107,000 setahun.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mata Kucing

Wah, lepas ni ramailah nak mohon kerja sebagai pencuci pinggan ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: