“Jangan Mudah Terpengaruh” - Individu Ini Kongsi Hidup Hampir Musnah Sebab Main Forex
Hati-hati semua.
Pasti ramai di sini yang tahu atau pernah mendengar tentang Forex betul tak?
Bagi anda yang tidak tahu, Forex adalah singkatan kepada Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Mata Wang Asing.
Forex ini sama seperti mana perniagaan lain iaitu membeli satu mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan. Namun, bukan semua yang kita dengar baik belaka mengenainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video ini apabila seorang individu berkongsi hidupnya hampir saja musnah disebabkan bermain Forex telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Rasa menyesal terjebak dalam dunia Forex
Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi tentang kisahnya selepas saja memasuki dunia Forex.
Difahamkan, ia berlaku pada akhir tahun 2019, ketika Covid-19 baru mahu melanda menyebabkan syarikatnya terjejas sehingga terpaksa memotong gaji. Disebabkan itu, dia mula mencari jalan bagi menampung kehidupan dia dan keluarganya.
Dari situlah dia mula sedikit sebanyak mengenali forex daripada YouTube dan internet. Namun, lama-kelamaan hasil itu semakin memakan dirinya. Dia mula hilang fokus terhadap kerjanya kerana mengejar price market Forex.
Lebih membuatkan dia menyesal adalah apabila dia telah banyak menghabiskan wang sehingga menggunakan personal loan.
“Aku percaya kat luar sana pun ada kes macam aku, aku cuma share awareness pasal benda ni. Dekat Malaysia ni dah jadi macam virus pasal Forex ni,” tulisnya.
"Done bookmark video ni nanti nak tunjuk kat member" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenai isu itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 179.3K views, 1,888 retweets dan 2,970 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!