[VIDEO] Beria Tunggu Kereta Api Nak Lalu, Sekali Lain Pula Yang Sampai Buat Ramai Bengang
Time ni juga kau nak lalu ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai pengguna jalan raya, sudah tentu kita perlu patuhi setiap peraturan jalan raya
Bukan setakat memakai tali pinggang keledar dan sebagainya, kita juga perlu patuh kepada lampu isyarat yang berada di jalan raya atau tempat yang menjadi laluan kereta api.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan situasi jalan raya di Indonesia yang membuatkan ramai bengang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lama punya tunggu ingatkan kereta api, sekali kereta api mini yang lalu
Menerusi video berkenaan, kelihatan para penunggang motosikal sedang berhenti menunggu giliran mereka untuk lalu di laluan kereta api.
Sedang asyik menunggu lampu isyarat, semua dilihat menunggu dengan sabar walaupun panas terik. Mereka semua beranggapan ada kereta api yang akan lalu. Namun, anggapan itu ternyata salah apabila hanya terdapat satu koc saja yang tiba.
Lebih melucukan lagi, apabila kenderaan beroda empat itu berhenti di depan semua orang dan menurunkan penumpangnya. Ramai di situ tergelak besar melihat kereta api itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Menguji kesabaran betul, boleh pula berhenti depan tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 704K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @andme0_0 (TikTok)
Image via @andme0_0 (TikTok)
Image via @andme0_0 (TikTok)
Image via @andme0_0 (TikTok)
Image via @andme0_0 (TikTok)
Tak pasal-pasal semua dapat free show sambil berpanasan! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment