"Ganas Sangat" - Pemuda Buat Covid Test Tapi Dilayan Secara Kasar Buat Netizen Berang
"Mungkin jumpa ex dia kot" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat di serata dunia ini, ramai yang mengambil inisiatif untuk membuat ujian di klinik
Ujian PCR memerlukan doktor untuk membuat nasal swab selain swab di tekak. Untuk yang sudah membuat ujian ini, sudah tentu pernah rasa ketidakselesaan ketika doktor membuat swab berkenaan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda dilayan secara kasar semasa membuat test Covid-19 telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kasar sangat cucuk hidung sampai tak selesa
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang membuat ujian Covid-19 di sebuah klinik yang berada di Thailand.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia dilayan kasar oleh doktor di situ. Doktor itu dilihat mencucuk hidungnya dengan kasar dan sangat dalam membuatkannya tidak selesa. Situasi ini membuatkan ramai berang.
"Bukak-bukak face sheild rupanya ex masa tadika kemas dulu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 14K tontonan, 509K tanda suka dan 30K komen di TikTok, rata-rata netizen turut tidak puas hati melihat situasi itu. Malah, ramai yang berang akan doktor itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!