seismik

"Beg Sekolah Dirampas" - Cara Pelajar Ini Slow Talk Dengan Monyet Raih Perhatian Netizen

Terpaksa beranikan diri walaupun dalam hati dah takut.

Cover image via @aniqfoughty (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Monyet sudah dikenali dengan sifat nakal yang seringkali buat hal

Bukan setakat merampas makanan orang, malah macam-macam hal lagi yang dilakukan monyet sehingga viral seperti merasmikan kolam renang di rumah. Perangai mereka ini kadang membuatkan kita sedikit takut untuk menentang mereka. 

Sama seperti video yang tular di Singapura baru-baru ini yang memaparkan salah seorang pelajar terpaksa berdepan dengan situasi genting apabila begnya dirampas monyet telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terpaksa berunding dengan monyet sebab nak ambil balik beg

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelajar sekolah di Singapura sedang berjalan untuk pulang ke rumah. 

Namun, perjalanannya telah disekat oleh dua ekor monyet. Monyet tersebut dilihat merampas beg sekolahnya. Dia yang takut pada awalnya cuba berunding dengan bercakap dengan monyet supaya tidak membuka beg itu. 

Setiap kali pelajar itu melangkahkan kaki ke arah begnya itu, monyet tersebut dilihat marah dan menyerbunya. Selepas seminit kemudian, akhirnya dia dilihat berjaya mengambil fail dan begnya yang berterabur dan cuba lari sepantas mungkin.

"Dia boleh relax lagi ya, kalau aku dah give up pastu pecut lari" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 9K tanda suka dan 700 komen di Facebook, rata-rata netizen terhibur dan turut memuji keberanian pelajar itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Siap tunggu dan cuba berunding dengan monyet, berani betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: