seismik

"Member Koyak" - Pengantin Lelaki Diusik Rakan Masa Hari Persandingan Curi Tumpuan

Boleh pula bagi air garam.

Cover image via @mfxhmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis persandingan merupakan hari bahagia untuk pasangan pengantin

Iyalah, bukan saja dapat mengikat hubungan yang sah. Malah, hari bahagia itu dapat diraikan dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang. Sudah tentu, rakan-rakan terdekat juga teruja dan bergembira untuk kita. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila pengantin lelaki diusik oleh rakannya dengan minum air garam telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@mfxhmi

Reply to @acap_1111 mmg terlalu huru hara siap tahan pengantin bagi air garam dulu. Muke pengantin dh nak koyak tapi die tahu kawan semua macam setan

Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) - LEOPARD

Sengaja disuruh berhenti dan rasa air hasil tangan rakan

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak ke arah pelamin pada hari persandingan mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengantin lelaki terpaksa berhenti berjalan kerana rakannya menghulurkan secawan minuman. Sebaik saja pengantin lelaki itu minum air itu, dia meludahkan air kerana rasa masin.

Rupa-rupanya, rakannya sengaja mengusik pasangan pengantin itu. Kemudian, dia diberi air manis oleh rakannya yang lain.

"Memang terlalu huru hara siap tahan pengantin bagi air garam dulu. Muka pengantin dah nak koyak tapi dia tahu kawan semua macam setan", tulisnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Naya member kena tahan, habis merah muka member" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 600K tontonan, 41K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat rakannya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau bab kenakan member memang nombor satu, apa-apa pun semoga persahabatan kekal sampai bila-bila! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: